Wednesday, March 28, 2012

Majlis Pelancaran Blog 5S

Blog 5S merupakan satu medium terkini bagi warga IKM Jasin untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai aktiviti 5S yang sedang dijalankan. Untuk itu, majlis pelancaran blog 5S IKM Jasin ini telah diadakan pada 22hb Mac 2012 yang lalu semasa majlis penutup Minggu Aktiviti bagi sesi Jan-Jun 2012. Ini membolehkan kesemua warga IKM Jasin mengetahui tentang kewujudan blog ini dan membolehkan warga IKMJ mendaftar sebagai ahli blog 5S supaya segala pemberitahuan dapat disampaikan melalui emel. Oleh itu, diharapkan kewujudan blog 5S ini dapat memudahkan segala urusan AJK 5S dan memberikan manfaat kepada semua warga IKMJ.





Saturday, March 10, 2012

Majlis Penyerahan Lencana, Banting dan Banner 5S

Pada 9hb Mac 2012 (Jumaat) yang lalu, majlis penyerahan lencana 5S, banting dan banner 5S telah dijalankan. Lencana 5S diberikan kepada semua warga IKM Jasin untuk dipakai pada setiap hari Isnin sebagai Hari 5S. Banner dan banting ini diserahkan kepada semua ketua zon untuk diletakkan di zon masing-masing. Dengan ini, diharapkan dapat menaikkan semangat untuk melaksanakan amalan 5S secara berterusan dari semasa ke semasa.



 

Tuesday, March 6, 2012

Program Lawatan 5S KPM Ayer Molek

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 5 Mac 2012 yang lalu, warga IKM Jasin menerima kunjungan daripada warga kerja KPM Ayer Molek seramai 40 orang. Warga KPM Ayer Molek memilih IKM Jasin kerana mereka ingin melihat perkembangan 5S yang telah dijalankan supaya menjadi penanda aras bagi mereka untuk mendapatkan pengiktirafan persijilan 5S.

Berikut adalah tentatif program lawatan yang telah diadakan:

9.00pg         Ketibaan para tetamu
9.10pg         Taklimat Lawatan 5S




9.30pg         Sesi Penelitian Dokumentasi & Lawatan
                Di Pusat Sumber







10.00pg       Minum Pagi
10.30pg       Sesi Lawatan
Ø  Makmal Komputer
Ø  Bilik Kuliah
Ø  Pejabat Pengajian Am
Ø  Pejabat Pentadbiran







12.00tgh    Sesi Bergambar & Penyampaian Cenderahati





Wednesday, February 29, 2012

Program Lawatan 5S ILP Pedas

Bismillahirrahmanirrahim...

Tanggal 29hb Februari 2012 yang lalu,  IKM Jasin telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang daripada ILP Pedas bagi melihat pelaksanaan aktiviti 5S yang telah dijalankan di institusi ini. Kedatangan wakil lawatan ini amatlah dialu-alukan oleh warga IKM Jasin bagi membolehkan berlakunya pertukaran pendapat mengenai perkembangan program 5S di institusi-institusi masing. Ini kerana pihak ILP Pedas juga telah dianugerahkan pentaulihan 5S. Melalui lawatan ini, diharap warga IKM Jasin dapat meningkatkan lagi amalan 'Sentiasa Amal' di dalam setiap urusan yang dijalankan.

Berikut adalah tentatif program bagi sesi lawatan tersebut:
9.30pg         Ketibaan para tetamu





9.40pg         Taklimat Lawatan 5S



9.50pg         Sesi Lawatan :
Ø  Pejabat Pentadbiran
Ø  Bengkel SPN
Ø  Pejabat Pengajian Am
Ø  Pusat Sumber












10.30pg       Minum pagi

 



12.00tgh    Sesi Penyampaian Cenderahati & SesiBergambar






Selain itu, disertakan sekali gambar-gambar yang berkaitan dengan lawatan tersebut sebagai rujukan saudara / i semua.