Pelbagai aktiviti dijalankan bersempena Program 5S yang dilaksanakan di institut ini. Aktiviti pertama kami adalah 'Aktiviti Gotong-Royong Perdana' yang telah diadakan sepanjang tahun 2010/11 ini. Aktiviti ini diadakan bagi memastikan kawasan kerja sama ada di bengkel atau pejabat berada dalam keadaan teratur, kemas dan bersih. Aktiviti ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa supaya 'Sentiasa Amal' menjadi teras utama dalam kalendar 5S IKM Jasin.
Selain itu, warga IKM Jasin telah diberikan name tag 5S bagi meningkatkan pengetahuan mereka tentang perkara asas dalam kitaran 5S. Mereka juga boleh memahami konsep 5S dengan cara yang lebih mudah dan menarik.
Di samping itu, poster 5S juga dibekalkan pada setiap zon 5S supaya ia dapat digantung atau dilekatkan pada tempat yang bersesuaian dan mudah dilihat oleh warga IKMJ. Kehadiran poster ini meningkatkan semangat 5S warga IKMJ supaya komited terhadap pelaksanaan program ini dari semasa ke semasa.
Tambahan pula, aktiviti penggantungan banner dan bunting giat dilakuka di kawasan persekitaran IKMJ. Malah, banner khas juga digantung bagi mengalu-alukan kedatangan ahli panel penilai MPC wilayah Selatan pada hari penilaian 5S dijalankan. Ini menunjukkan semangat jitu warga IKMJ yang komited untuk memastikan persijilan 5S menjadi hak milik kita.