Wednesday, March 28, 2012

Majlis Pelancaran Blog 5S

Blog 5S merupakan satu medium terkini bagi warga IKM Jasin untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai aktiviti 5S yang sedang dijalankan. Untuk itu, majlis pelancaran blog 5S IKM Jasin ini telah diadakan pada 22hb Mac 2012 yang lalu semasa majlis penutup Minggu Aktiviti bagi sesi Jan-Jun 2012. Ini membolehkan kesemua warga IKM Jasin mengetahui tentang kewujudan blog ini dan membolehkan warga IKMJ mendaftar sebagai ahli blog 5S supaya segala pemberitahuan dapat disampaikan melalui emel. Oleh itu, diharapkan kewujudan blog 5S ini dapat memudahkan segala urusan AJK 5S dan memberikan manfaat kepada semua warga IKMJ.





No comments:

Post a Comment