Tugas dan Tanggungjawab

Untuk memastikan program 5S berjalan dengan lancar, setiap jawatankuasa diberikan tugas & tanggungjawab tertentu. Berikut adalah senarai tugas & tanggungjawab yang telah ditetapkan & perlu digalas sepanjang masa.

Tugas & Tanggungjawab

Jawatankuasa Pelaksana
1. Menentukan matlamat pelaksanaan sistem 5S.
2. Menetapkan piagam, peraturan dan garis panduan pelaksanaan.
3. Membentuk pelan tindakan tahunan.
4. Memperuntukan sumber dan belanjawan.
5. Membentuk Jawatankuasa Kerja.
6. Melulus dan perakui penetapan kawasan, ahli serta aktiviti setiap zon.
7. Memantau kemajuan program dengan pembentukan piawaian yang sesuai dan berkaitan
    dengan sistem 5S untuk pembudayaan berterusan.
8. Menetapkan kaedah penghargaan dan ganjaran.


Koordinator 5S
1. Menjalankan tugas sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelaras
    kepada Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelaras kepada Jawatankuasa Kerja 5S.
2. Memberi panduan dan membantu kumpulan pemudahcara dan Ahli Zon 5S dengan tujuan
    untuk penyelarasan aktiviti.
3. Memastikan dokumen 5S dikemaskini.
4. Menyelaras aktiiviti-aktiviti promosi, latihan dan audit sistem 5S.


Pemudahcara / Fasilitator
1. Membantu memberi kesedaran, kefahaman dan motivasi kepada Ahli Zon 5S.
2. Membantu Ahli Zon 5S di bawah pengawasannya dalam pelaksanaan program 5S.
3. Membantu Jawatankuasa Kerja dalam menjalakan aktiviti promosi, latihan dan audit 5S.
4. Mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari pihak atasan untuk kebaikan 5S.
5. Menilai dan mengemaskini perjalanan program 5S sepanjang masa.


Ketua Zon 5S
1. Merancang, melaksana dan memantau aktiviti 5S.
2. Mewujudkan dan mengemaskini Sudut 5S.
3. Memberi latihan kepada Ahli Zon.
4. Mengadakan perbincangan yang diminitkan setiap minggu (15 hingga 30 minit).
5. Menggalakkan Ahli Zon 5S supaya memberikan idea penambahbaikan.
6. Mewujudkan etika kerja Ahli Zon yang perlu dipatuhi.
7. Memberi laporan pencapaian aktiviti 5S kepada Jawatankuasa Pelaksana.


Ahli Zon 5S
1. Mematuhi etika kerja zon yang telah dipersetujui bersama.
2. Menghadiri perbincangan yang diadakan.
3. Menyertai aktiviti 5S secara aktif sepanjang masa.
4. Bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti zon.
5. Bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti penambahbaikan di tempat kerja secara
    berkumpulan.
6. Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara ahli.
7. Mampu untuk membuat persembahan tentang pencapaian aktiviti 5S apabila diperlukan.


Jawatankuasa Latihan 5S
1. Mengenalpasti dan melaksanakan latihan 5S untuk semua ahli.
2. Menjadualkan modul latihan 5S termasuk kesedaran, langkah-langkah pelaksanaan dan 
    audit 5S.
3. Memantau semua aktiviti latihan 5S yang dijalankan di semua peringkat.
4. Menyediakan bahan-bahan latihan yang diperlukan di peringkat zon.
5. Mengkaji semula keberkesanan latihan 5S dari semasa ke semasa.

Jawatankuasa Promosi 5S

1. Mengenalpasti akiviti promosi 5S.
2. Mengadakan kempen kesedaan 5S kepada semua.
3. Mengkaj keberkesanan aktiviti promosi.

Jawatankuasa Audit 5S

1. Membentuk kriteria penilaian 5S.
2. Menyediakan panduan untuk menjalankan penilaian.
3. Memberi latihan dan kefahaman kepada Juruaudit Dalaman.
4. Menjadualkan aktiviti audit bagi setiap zon.
5. Membantu penambahbaikan aktiviti 5S secara berterusan melalui komen dan cadangan 
    yang diperoleh melalui proses audit.
6. Mengemukakan laporan audit bulanan kepada Jawatankuasa Pelaksana.
7. Membangunkan panduan untuk mengukur dan menilai keberkesanan proses audit.