Tanggal 29hb Februari 2012 yang lalu, IKM Jasin telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang daripada ILP Pedas bagi melihat pelaksanaan aktiviti 5S yang telah dijalankan di institusi ini. Kedatangan wakil lawatan ini amatlah dialu-alukan oleh warga IKM Jasin bagi membolehkan berlakunya pertukaran pendapat mengenai perkembangan program 5S di institusi-institusi masing. Ini kerana pihak ILP Pedas juga telah dianugerahkan pentaulihan 5S. Melalui lawatan ini, diharap warga IKM Jasin dapat meningkatkan lagi amalan 'Sentiasa Amal' di dalam setiap urusan yang dijalankan.
Berikut adalah tentatif program bagi sesi lawatan tersebut:
9.30pg Ketibaan para tetamu
9.40pg Taklimat Lawatan 5S
9.50pg Sesi Lawatan :
Ø Pejabat Pentadbiran
Ø Bengkel SPN
Ø Pejabat Pengajian Am
Ø Pusat Sumber
12.00tgh Sesi Penyampaian Cenderahati & SesiBergambarSelain itu, disertakan sekali gambar-gambar yang berkaitan dengan lawatan tersebut sebagai rujukan saudara / i semua.
No comments:
Post a Comment