Wednesday, February 29, 2012

Program Lawatan 5S ILP Pedas

Bismillahirrahmanirrahim...

Tanggal 29hb Februari 2012 yang lalu,  IKM Jasin telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang daripada ILP Pedas bagi melihat pelaksanaan aktiviti 5S yang telah dijalankan di institusi ini. Kedatangan wakil lawatan ini amatlah dialu-alukan oleh warga IKM Jasin bagi membolehkan berlakunya pertukaran pendapat mengenai perkembangan program 5S di institusi-institusi masing. Ini kerana pihak ILP Pedas juga telah dianugerahkan pentaulihan 5S. Melalui lawatan ini, diharap warga IKM Jasin dapat meningkatkan lagi amalan 'Sentiasa Amal' di dalam setiap urusan yang dijalankan.

Berikut adalah tentatif program bagi sesi lawatan tersebut:
9.30pg         Ketibaan para tetamu





9.40pg         Taklimat Lawatan 5S



9.50pg         Sesi Lawatan :
Ø  Pejabat Pentadbiran
Ø  Bengkel SPN
Ø  Pejabat Pengajian Am
Ø  Pusat Sumber












10.30pg       Minum pagi

 



12.00tgh    Sesi Penyampaian Cenderahati & SesiBergambar






Selain itu, disertakan sekali gambar-gambar yang berkaitan dengan lawatan tersebut sebagai rujukan saudara / i semua.
 

Monday, February 27, 2012

Makluman Lawatan KPM Ayer Molek

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk makluman warga IKM Jasin, kita akan menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai Kolej Profesional Mara Ayer Molek untuk lawatan sambil belajar mengenai pelaksanaan 5S di IKM Jasin.






Berikut adalah maklumat lawatan tersebut:
  • Tarikh : 9 Mac 2012
  • Masa  : 9.00pg hingga 12.00tgh
    Oleh itu, diharap saudara/i memastikan kawasan persekitaran anda berada dalam keadaan bersih dan tersusun. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

    Friday, February 24, 2012

    Makluman Lawatan ILP Pedas

    Assalamualaikum w.b.t. kepada semua warga IKM Jasin.
    Untuk makluman semua, IKM Jasin akan menerima kedatangan seramai 30 orang pelawat daripada Institut Latihan Perindustrian PEDAS.
    Maklumat mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut:
    • Tarikh : 29hb Februari 2012 (Rabu)
    • Masa  : 9.30pg hingga 12.00tgh 
    Diharap semua warga IKM Jasin dapat memastikan keadaan persekitaran zon masing-masing berada pada tahan 5S yang optimum.
    Segala kerjasama daripada pihak saudara/i amatlah dihargai.