Tuesday, September 20, 2011

Lidah pengarang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya pembinaan blog Program 5S IKM Jasin dapat disempurnakan dengan jayanya. Untuk itu, warga kerja Unit Promosi IKM Jasin ingin mengucapkan syabas di atas kerjasama daripada seluruh warga IKM Jasin dalam melaksanakan aktiviti ini sepanjang masa saudara/i berada di institut ini. Ini kerana 'Sentiasa Amal' merupakan salah satu ciri utama dalam kitaran 5S dan perlu dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa.


Di samping itu, pihak kami juga ingin mengucapkan 'tahniah' di atas kejayaan mendapatkan pengiktirafan 5S daripada MIC bagi tahun 2010-2011. Sesungguhnya pengorbanan masa, tenaga, emosi dan minda daripada saudara/i semua adalah berbaloi dan amatlah dihargai oleh pihak pengurusan. Oleh itu, kita akan terus maju untuk mendapatkan pengiktirafan yang seterusnya bermula Januari 2012 akan datang. 


Pihak kami akan mengharapkan semangat warga kerja IKM Jasin akan terus kental dan gigih mengharungi penilaian audit daripada MPC bagi mengekalkan status pengiktirafan 5S bagi sesi akan datang.


Sekian, terima kasih.
Daripada,
Unit Promosi 5S IKM Jasin